Tuesday, June 2, 2009

Penerimaan Kad Mastercard & Visa

Pada minggu lepas, pejabat Termizi & Co. telah menggunakan mesin terminal bagi penggunaan kad kredit Mastercard & Visa. Ini bagi memudahkan klien membuat pembayaran bagi urusan-urusan di pejabat Termizi & Co.

Mesin terminal ini juga menerima pembayaran dengan penggunaan Bankard, atau debit card.

Walau bagaimanapun, sedikit caj tambahan dikenakan bagi pembayaran menggunakan mesin terminal tersebut iaitu tambahan 1.75% bagi kad kredit dan 1.25% bagi penggunaan kad debit. Caj ini dikenakan bagi menampung caj yang dikenakan daripada syarikat mesin terminal tersebut.

Dengan adanya kemudahan ini, harapnya ini akan menjadi satu alternatif pembayaran bagi klien Termizi & Co. dan semua urusan pembayaran akan menjadi lebih mudah. Sekiranya cara pembayaran ini mendapat sambutan, saya berhasrat akan meluaskan lagi penggunaannya kepada kad American Express dan Diners Club.

No comments: